Thursday, February 14, 2013

Bubblyorked : awesome scarfs

hello!!   ^-^




Online shop ni aku terjumpa masa berfacebooking. dah lama sebenarnya aku cari scarf/shawl/selendang/pashmina sekarang ni cuma fashion tudung sekarang is not my type. banyak nya sekarang shawl bunga-bunga yang jarang and lembik tu. tak suke! tudung bawal pulak? aku boleh pakai. tapi selalunya lepas sejam tudung aku akan start senget benget, penyek, kembung. if you know what I mean.



banyak jugak blogshop yang aku dah omaigadddd excited nye, cantik nye shawl ni. pas tuu tiba-tiba tengok caption........... SOLD OUT    -_-


mood killer betol!



cari punya cari, terjumpa Bubblyorked. Bila tengok shawl yang dijual, aku ingat ahhhhh mesti semua sold out. but its not! dan masih banyak pulak tu yang available. pas tuu, tunggu lagi, mula lah mata bersinar-sinar. sampai berair mata tak berkelip semata-mata nak pilih shawl mana satu nak beli. last-last, aku beli dua ketul! The price is quite pricy la. RM35 each piece. bagi aku agak mahal sebab kebanyakan shawl  aku harga RM18 hengget je. haha.  tapi mahal takpe asal puas hati.




but overall, I'm really satisfied! akhirnya dapat la jugak shawl baru setelah berbulan pakai yang sama je.  :D


hari ni baru dapat. walaupun dah bayar hari ahad. gara-gara terlupa minggu ni kan cuti tahun baru cina. hehe


 cute packaging I can say.  :D


the two scarf I bought. material dia indian silk. macam kain sari. ringan , soft. tapi licin. 


licin. thats my only problem. licin for me means lebih banyak jarum. tapi setakat ni, no problem. hehe  :D



love it!!


soo, tunggu apa lagi, terjah la facebook page kat sini.



^-^


Monday, January 21, 2013

My Cousin, Married Already!

Hello!  :D



Pagi tadi, terpaksa tinggalkan katil aku yang empuk tuu seawal 8 pagi ( awal ke? :p ) sebab nak bersiap untuk majlis pernikahan cousin aku tengah hari tuu. Sabi yang selalu bangun pukul 2 petang tu pun bangun awal pagi tadi sebab dia kata excited nak tengok abang faizal nikah. 


lepas semua dah pakai lawa-lawa, kitorang pun pergi kampung aku. 15 minit je dari rumah aku.  -_-


then bertolak!  :D


breakfast time! makan, mesti lah suka kan?



sista and ma bro-tha. hihi



tengok muka sabi pun dah tau bihun tu sedap! ngeh ngeh  :D



sempat jugak terlelap kejap sebelum sampai kat kampung pengantin kat alor star. nasib tak meleleh ayaq liyoq ja.  :p


lepas solat Zuhur kat masjid, terus majlis akad nikah. Alhamdulillah sekali lafaz je, dah jadik suami orang dah cousin aku.  



see. wafiq yang tak tau apa tuu pun happy!  


the bride.  :)





 Lepas sesi bagi mas kahwin, dan sarung-sarung cincin, kitorang pun bergerak ke rumah pengantin perempuan. best gile! sawah padi luas terbentang. angin sepoi-sepoi. feeling-feeling sorang-sorang lagi. hahah. Lepas makan tengah hari, sesi snap snap pulak la kan. 


Pak ngah dan Mak ngah.  :)

bunch of guys i dont know. anyway kak norazira nampak comel sangat!  :)



Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu 




Alhamdulillah. dah kahwin dah cousin aku. dulu kutip duit raya sama-sama. kih3.. ok. bye! 




Friday, January 18, 2013

Masjid Negara

Hello..  ^-^


sekarang saya sedang cuti sem! yippi! exam dah selesai! memang tengah lega dah tenang sekarang ni. padahal pagi tadi punya la dasyat sampai mata bengkak. kih3. tapi alhamdulillah semua dah ok. masalah kecil, aku perbesarkan. biasalah tuu perempuan. :D


hari isnin lepas, lepas exam construction material, macam biasalah mesti ada perbincangan dalam exam hall tuu kan. dengan konfiden nye aku dan kawan yang duduk sebelah aku cakap. kitorang jawab soalan 2,3,4,5,6. no 1 tak jawab sebab tak baca. sedang kitorang sibuk bincang pasal jawapan, tiba-tiba terdengar suara-sura yang kata. 'eh! no 1 compulsory lah!'. aku pun terus O.o


seumur hidup aku, tak pernah aku buat kesalahan sebengong ni. tapi seingat aku, sebelum aku jawab, aku dah baca arahan. 'jawab 5 soalan sahaja'. rupanya memang betul la. arahan dalam bahasa melayu lain, bahasa inggeris lain. dan bukan aku sorang je yang tak jawap. ramai. dan sebab tuu, dengan konfiden nye, aku call lecturer. hahah dan lecturer aku yang sporting habis tuu pun kata 'its ok, don't worry, i'll mark whatever you guys answer' 

selesai lah dilema aku petang tuu. kih3


lepas exam tuu, aku, yan, dan wahida plan nak makan butter chicken yang sememang nye awesome kat restoran atap-atap kat amcorp, PJ. pernah sekali kitorang lunch kat atap-atap masa tengah bz tau. kelas gile mengalah kan orang yang ada kereta, tu semua sebab mengidam punya pasal. kih3 


anyway, butter chicken kat situ memang marvelous sampai boleh mengidam. hah! tak tau nak cakap lah. 



grrr.. tengok gambar pun meleleh air liur!


lemon with honey. sedap! soya tuu wahida punye. :D

lepas solat maghrib, aku pun berpusing-pusing jap dalam tuu. tapi kedai dalam tuu tutup awal gile. kul 8 habis semua tutup dah. unik tak?   -_-


jadi, kami pun terus hop on the lrt. dari taman jaya ke pasar seni. sebab kan kitorang dah belajar banyak lah jugak pasal bangunan-bangunan kat malaysia yang kebanyakan nye memang ada kat KL, so kenapa tak pergi melawat kan, nak bukak sikit mata architecture lah kononnya. ye, memang, destinasinya, masjid negara. tapi laluan nak pergi ke masjid tuu sangat lah scary. tambah pulak masa malam. tambah pulak aku ni cuma pejalan kaki tegar. mana ada kerta. tambah pulak kitorang cuma gegurls!  -_-


ehemm. bahaya jugak sebenarnya. tapi alhamdulillah. takde apa-apa yang jadik walaupun banyak jugak kejadian yang series kelakar kalau aku ingat balik! lagi-lagi part lari terkedek-kedek lari sambil pegang tangan dalam terowong pejalan kaki bawah tanah yang mashaallah gelap dan bau hancing! takut weyh. feeling-feeling cerita hantu! 


anyway, dapat jugak snap gambar masjid negara. one of the 8 symbolism of malaysian independence. a mosque with a modernist interpretation. with the hovering planes and volume, the mosque really is amazing! the dominating element would be the folded plate dome, a daring design.

the interior, mashaallah amazing. the water element, the pillars, the embelishment, decorative panels, love it all!



love the ceiling.










yan and wahida. macam kembar? kih kih



niatnya nak lebih lama kat masjid, tapi sebab kan takut nak mengharungi underground tunnel tuu, kitorang pun balik agak awal la jugak.  :)


ok. dats all!



:)








Tuesday, January 1, 2013

New Year.

Hello.  ^-^



sedar tak sedar hari ni dah masuk tahun 2013. frankly, i don't quite like the number but hopefully this year brings a lot more than just a 'nice' number. haha. maybe its related to the fact that this year i'm going to turn on 20. helloooo 20? what the? aku masih kanak-kanak kot? hihi. 


Alhamdulillah I've survived one heck of a year. 2013, I hope for the best for my family, myself, my friends, semoga semua dalam barakah allah. 



2012, walaupun ada 'seseorang' yang cakap, ramai yang 'tak suka' aku, aku tengok perkara tuu dari sudut positif. mungkin betul apa yang orang tuu kata, mungkin aku memang banyak kekurangan, yang perlu diperbaiki. luar dan dalam, aku memang banyak kekurangan there's no doubt about it.

dan. walaupun sampai sekarang aku tak paham, tak tau apa motif orang tersebut cakap macam tuu pada aku dalam masa yang memang stress, aku rasa bersyukur, sebab benda tuu buat aku lebih kuat, walaupun beberapa hari jugaklah aku nangis dengan teruk. haha. but its all ok now. i hope. anyway, i have lots of people who really love me, family, my close friends, my dear, dan juga allah. umpatan kalian tuu cuma menambah pahala saya. thanks for that.  :')


i  will try to be a better person. not to be awkward sangat. haha.   :p

so, new year ni, saya buat apa?? hmmm...

study. haha. memanggggg takde life!  kan?




yeah.. kind of nerdy huh? nak buat camne.. study week la kata kan..  :p


thats all i guess for this first day of 2013. insyaallah. all will be better.   :)